Ketawadhuan Al-Imam Asy-Syafi'i Rahimahullah Dan Kebijaksanaan Ibunya

bentuk love

Semoga Allah memberkahi kita dengan kalam para shalihin dan kecintaan kepada mereka. Al-Imam Asy-Syafi'i Rahimahullah sebagai Imam mazhab, pernah berucap:

"Aku mencintai orang shaleh, walaupun aku bukan di kalangan mereka. Dengan harapan, aku akan mendapat syafaat daripada mereka. Dan aku membenci mereka yang melakukan hal maksiat, walaupun aku termasuk kedalamnya."

Maka seseorang membalas ucapan Al-Imam Asy-Syafi'i Rahimahullah: Tuan mencintai orang shaleh, dan sesungguhnya tuan adalah di kalangan mereka! Orang yang mencintai akan bersama dengan orang yang dicintainya.

Tuan membenci mereka yang berbuat dosa, dan sesungguhnya Allah SWT melindungi tuan daripada perbuatan itu. Maksiat bukanlah sesuatu yang ada pada Al-Imam Asy-Syafi'i Rahimahullah. Kebiasaan beliau adalah takwa dan ikhlas.

Tatkala datang Ramadhan, beliau mengkhatamkan Al-Quran tiap-tiap siang dan malam. Ramadhan tidak akan berlalu tanpa Al-Imam Asy-Syafi'i Rahimahullah mengkhatamkan 60 kali Al-Quran.

Beliau akan membagikan waktu malam pada tiga bahagian, sepertiga berehat, sepertiga untuk ilmu dan sepertiga lagi beribadah. Berkat Allah SWT atas beliau. Beliau hidup atas jalan kebenaran dan kezuhudan.

Beliau pergi ke Sana'a walaupun dalam uzur, untuk bertemu dengan Abdur  razzaq As Sana'a (salah seorang dari kalangan ahli ilmu). Beliau dalam kesakitan ketika dalam perjalanan dan orang menasehati beliau supaya balik. Tetapi beliau menjawab: "Pergi ke Sana'a adalah kemestian, walaupun masa perjalanan panjang.

Setelah menuntut ilmu kemudian beliau pulang dan dalam perjalanan pulang, seorang amir menghadiahkan beliau 100.000 Dirham. Dan apa yang dilakukan Al-Imam Asy-Syafi'i Rahimahullah ? Beliau sedekahkan semua uang itu kepada orang miskin. Setelah itu baru beliau pulang ke Mekah.

Ibu beliau di Meka bertanya,"Telah sampai berita kepadaku engkau diberi uang sebanyak 100.00 Dirham oleh seseorang, dimanakah uang tersebut ?"

Al-Imam Asy-Syafi'i Rahimahullah menjawab:"Telah aku sedekahkan semuanya."

Ibu beliau berkata:"Kalaulah engkau pulang walaupun dengan sekeping Dirham, mesti aku tidak akan mau berjumpa denganmu".

Comments

Popular posts from this blog

Aplikasi LangitMusik : Oksigennya Pecinta Musik

Bisikan Kedamaian Dari Kesunyian Malam

Kisah Sang Taman Hati

Situs yang harus diketahui oleh blogger